Khamis, 25 Mei 2017

Gambar Hiasan Agent Calon Pilihan Raya.
Oleh. Bujie Tukarang
PENGURUS AGENT MELANTIK CALON PRU 14 ?
Sabah. Beberapa kumpulan bergerak menawarkan WATIKAH PERLANTIKAN CALON (mewakili pembangkang) pada pilihan raya ke 14 akan datang dimana mereka kenal pasti kawasan yang sukar BN menang dan menjadi rebutan calon parti pembangkang kearah mengimpikan jawatan Wakil Rakyat selepas pilihan raya tanpa saingan dikalangan calon BN, kes ini juga dilaporkan menggunakan akaun bank individu jika ada yang sanggup melunaskan pembayaran demi memperolehi Watikah Pencalonan tanpa berani bersemuka dengan pemimpin parti politik disetiap bahagian melainkan menggunakan kemudahan watsap atau telipon terus namun belum mahir lagi dalam langkah langkah melakukan penipuan hingga muda dihidu pihak yang diumpan menjadi mangsa.
Kes ini tidak dilaporkan oleh beberapa mangsa yang berjaya mengesan penipuan suspek dalam kumpulan antara 3 hingga 6 orang bergerak bebas diseluruh Sabah mengharap ada mangsa terjerat dengan pelbagai helah golongan terlibat apabila mampu memberi watikah perlantikan calon pilihan raya palsu, berdasarkan kepada pelbagai cara mereka memperdaya individu adalah terancang dengan mengenali latarbelakang mangsa disamping mangsa juga memiliki sumber kewangan yang melebihi orang persekitaran Dun dan Parlimen yang diidamkan jika mendapat kelayakan calon dari Presiden Parti yang diwakili.
Antara pendedahan ahli ahli parti yang ditemui mengingatkan individu yang berhasrat menjadi calon agar jangan melalui orang tengah sebaiknya terus menemui Presiden Parti bagi menyuarakan hasrat mereka untuk dipertimbangkan sebagai calon disatu satu kawasan, jika tersilap langkah dan jatuh ketangan orang yang mahu mengaut keuntungan hasrat mereka ingin menjadi calon pilihan raya natijahnya besar bakal menjadi mangsa terima watikah perlantikan calon dengan jumlah puluhan ribu ringgit masuk keakaun individu yang jadi orang suruhan sindeket pembuat Watikah Perlantikan Calon dari Parti mereka wakili.
AWAS WATIKAH PERLANTIKAN CALON PILIHAN RAYA KE 14 AKAN DATANG INI DENGAN HARGA ANTARA RM30,000 HINGGA RM66,000 RANCAK BERGERAK DALAM SABAH DENGAN MANGSA TERBARU KAWASAN PARLIMEN TUARAN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan