Selasa, 2 Mei 2017

KAAMATAN PUPUK PERPADUAN SEMUA KAUM

Oleh. Jopis Anak Lagau

Sabah. Perayaan Kaamatan setiap tahun merupakan satu legasi penyambung perpaduan generasi masyarakat berbilang kaum dipelusuk negeri ini sejak turun temurun dahulu, kebanyakan masyarakat hari ini khususnya generasi muda mudi dijangka kurang menekankan budaya Kaamatan apa tak lagi dikalangan wargakota yang lebih berpandangan arus kemodenan berbanding dengan budaya asli orang orang Sabah. Menjelang sambutan Kaamatan tahun 2017 rakyat berbilang kaum perlu memanafaatkan sebagai memupuk perpaduan tanpa mengira bangsa dan agama supaya terjalin kekeluargaan dan persahabatan yang erat dari masa kesemasa, malah dalam menghayati sambutan Kaamatan segala perselisihan faham mahupun permusuhan wajar dijauhi supaya tidak menjadi ikutan dikalangan generasi muda mudi. Antara luahan sekumpulan masyarakat kaum Dusun terdiri dari PPM Daimin Sulukan, Kumin Novet Gilou dan Richard Laning Kitta dalam wawancara media terkini Sabah sebagai mendedahkan legasi sebenar Kaamatan 2017, mereka juga berharap semua kenalan mereka dimana juga berada mampu menghayati luahan pendedahan sempena Pesta Kaanatan tahun ini walaupun dimana juga berada dalam Sabah dan Malaysia amnya demi permaufakatan bangsa. Daimin Sulukan (Kadamaian Kota Belud) Kumin Novet Gilou (Tamparuli) Richard Lanning Kitta (Penampang) yakin Kaamatan tahun 2017 mampu merungkai jalinan perpaduan dan kekeluargaan semua kaum dalam jangkamasa panjang, mereka juga tidak lupa meingatkan semua warga Sabah agar terus memelihara Perayaan Kaamatan (Pesta Menuai) disambut penuh kesedarhanaan agar tidak berlaku pembaziran dalam perbelanjaan harian ujar mereka. Dalam pada itu ketiga tiga mereka berterima kasih dengan media terkini memberi peluang menyampaikan kenyataan dan ucapan Pesta Menuai kepada seluruh rakan dan taulan dalam negara Malaysia dan Sabah amnya, adalah menjadi harapan dalam menghayati Kaamatan tahun 2017 ini mampu membentuk permaufakatan seluruh lapisan masyarakat berbilang bangsa dan agama kearah keselamatan negara dan kemakmuran rakyat sejagat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan