Rabu, 24 Mei 2017


Oleh. Williem Anak Lagau
PAKAR KUAT JIKA BERJUANG SEKATA
Sabah. Rakyat dalam negeri ini meramalkan kekuatan beberapa parti tempatan Sabah mampu menggugat kekuatan parti kompenan BN khususnya UMNO jika para pemimpin mereka bersatu menggalas tanggongjawab memimpin semua lapisan rakyat jelata tanpa wujud perpecahan dalam parti politik apa tak lagi isu pengagihan kerusi DUN mahupun PARLIMEN diseluruh negeri ini, sikap segelintir ahli politik pembangkang yang suka menguasai apa juga suara yang perlu diketengahkan pada rakyat jelata merupakan sikap negetif yang tidak disenangi rakyat berbilang kaum dalam negeri ini walaupun terlalu berani dan lantang namun kurang mendapat sokongan berikutan tidak mewakili suara keseluruhan rakyat jelata dipelusuk negeri ini.
Sesetengah kepimpinan dalam parti pembangkang pula sukar berkerjasama dalam pertemuan dengan rakyat jelata berikutan bimbang ditagih rakyat politik masa silam mereka dan kini bagai segan mendepani beberapa lapisan rakyat jelata agar politik masa silam golongan terlibat akan terus tersembunyi tanpa ada yang merungkainya secara umum, tidak hairan lah politik hari ini berkumpulan bersemuka dengan rakyat bagi melindungi sejarah silam politik mereka supaya warga muda mudi hari ini terus memberi sokongan padu visi perjuangan politik mereka tanpa bergantumg kepada sejarah silam politik golongan tertentu demi berhasrat diundi menjadi wakil rakyat setiap kali pilihan raya khususnya dalam Sabah.
Dalam kontek politik menjelang pru ke 14 ini semua ahli ahli dan pemimpin parti politik masing masing menyusun jentera meraih sokongan semua pengundi dalam kawasan Dewan Undangan Negeri mahupun kawasan Kerusi Parlimen agar berjaya mencapai cita cita yang diharapkan bersama rakyat jelata penyokong mereka, namun semua jentera parti politik bukan senang meraih sokongan pengundi dikalangan rakyat jelata yang berdaftar sebagai pemilih apa tak lagi dalam kancah parti politik terlalu banyak dalam negeri Sabah masa kini tambahan pula impian membentuk gabungan sepakat tidak kesampaian berikutan pertindihan kawasan yang menjadi rebutan.
Luahan beberapa penyokong parti politik pembangkang yang dikemukakan oleh Jaimos Butimad semasa pertemuan dengan Media Terkini sebagai mengimbau masa depan perjuangan parti parti politik pembangkang dalam Sabah sejak tahun 2016 hingga sekarang masih lagi bercelaru belum mendapat satu kata putus perjanjian agihan kerusi sama rata setiap parti politik pembangkang dengan penuh kepuasan hati sesama pemimpin tertinggi parti pembangkang, kes seumpama perlu dikaji secara maufakat semua parti pembangkang dalam Sabah jika mereka pemimpin tertinggi parti mahukan rakyat jelata memberi sokongan secara iklas dan jujur disamping memberi sumbangan iklas pada rakyat yang berusaha membantu parti pembangkang meraih sokongan besar dari rakyat jelata sejak dari awal agar rakyat jelata tidak keciwa dan berpaling tadah ujar beliau.
Jaimos Butimad menambah, jika golongan pemimpin parti politik mempermainkan rakyat jelata yang berdaftar sebagai pemilih kuasa mereka lebih besar apabila mengalih sokongan undi kepada pihak pemimpin parti lawan dalam masa setiap pilihan raya apa tak lagi jika diberi janji namun tidak ditunaikan dalam jangkamasa panjang, sebagai pemimpin parti politik yang memerlukan sokongan padu dikalangan rakyat jelata tanpa mengira kedudukan wajar bersikap toleransi prihatin dan pemurah disamping membuang sifat kuku besi dan memilih segenap lapisan rakyat jelata untuk didampingi jika perlu kemenangan pilihan raya jelas beliau.
Jaimos Butimad yakin Gabungan Sabah dari Star, Sapp, Parti Harapan Rakyat, Parti Perpaduan Rakyat cukup kuat untuk menawan hati rakyat jika disertai sikap pemurah dan prihatin terhadap seluruh rakyat jelata dalam segala kepentingan bersama mereka tambahan pula jika Parti Pakar pimpinan Datuk Henrynus Amin turut berjuang menyertai dalam Gabungan Sabah rakyat mampu meyakini konsep permaufakatan perjuangan mereka untuk Sabah, namun jika terus berlaku kelalaian mereka dalam mengabaikan kepentingan rakyat jelata sepanjang masa sudah pasti rakyat jelata yang dikeciwakan mampu menggoncang perjuangan parti dengan bicara mulut terhadap rakan rakan mereka dipelusuk negeri ini apa tak lagi dalam zaman IT tanpa sempadan masa kini politik Sabah mampu berubah sekelip mata ujar beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan