Isnin, 15 Mei 2017

Oleh. Willem Anak Lagau
MAMPUKAH BN PBS TAWAN KERUSI DUN?
Inanam. Bahang pilihan raya semakin terasa dikawasan Dewan Undangan Negeri Inanam sejak beberapa bulan yang lepas dimana berkobar kobar penyokong BN setempat meramalkan cuba berusaha menawan semula DUN tersebut dari PKR Pembangkang ditangan YB. Dr.Roland Chia yang menang PRU ke 13 yang lepas, namun bagi parti pembangkang pula bukan muda mahu menyerahkan kerusi DUN tersebut kepada parti lawan sebelum bertanding dalam pilihan raya dimana masa kini masing masing dengan agenda mendepani rakyat pengundi walau dengan pelbagai cara tanpa duduk berpeluk tubuh apa tak lagi pelbagai isu mula ditimbulkan oleh sebilangan ahli politik.
Dun Inanam masa kini dijaga oleh PPM Fredoline Totin Bangon dan CDO Lukin Taliban (PBS) disamping jentera kerja keras beberapa pemimpin parti kompenan BN setempat seperti UPKO, PBRS, MCA, LDP dan UMNO kearah meraih semula sokongan masyarakat berbilang kaum menerusi undi pada PRU ke 14 akan datang, bagi pembangkang pula isu yang dicanang termasuklah politik kedai kopi, politik stesyen kereta motor, stesyen perhentian bus, stesyen perhentian kenderaan awam dan banyak lagi tempat tempat melontarkan pengaruh politik mereka demi menarik perhatian rakyat berdaftar sebagai pemilih tanpa batasan berbanding BN terbatas tugasan pejabat dan lawatan kerja luar.
Demikian pendedahan Mr. Ah Lew dari pekan Inanam sebagai mengulas sokongan rakyat berbilang kaum terhadap parti politik BN dan Parti Pembangkang menjelang pilihan raya umum kali ke 14 dijangka dalam masa terdekat namun masih ramai orang orang kampung jarang ditemui oleh para pemimpin parti kompenan BN berbanding parti pembangkang yang terlalu aktif setiap masa, jika jentera ini berterusan bagi sebelah pihak sahaja sehingga pilihanraya ke 14 menjelang tiba diramalkan bukan senang memulihkan hati rakyat jelata yang terluka walaupun dijanjikan emas permata namun belum pasti mampu membawa mereka (rakyat) bersatu menyokong calon BN berbanding kekuatan calon dipihak pembangkang ujar beliau.
Mr. Ah Lew menambah, antara kemelut BN Inanam ialah seluruh kepimpinan diperingkat bawahan bagaikan lupa mendekati rakyat jelata yang sentiasa mengharap kunjungan mereka (status pemimpin) sebagai menyalurkan pelbagai kepentingan rakyat jelata setiap masa bagi mengubati kekeciwaan mereka, mujur lah terdapat beberapa juga ahli kepimpinan bawahan BN terus bersama rakyat walaupun tidak memiliki sebarang sumber peruntukan membela taraf hidup rakyat jelata namun ada juga bersimpati memberi sokongan walau sekadar janji tanpa disertai bantuan asas bersepadu tegasnya.
Apapun terpulang lah kepada jentera BN setempat bagi meraih semua sokongan undi menerusi pilihan raya kali ke 14 dimana dijangka tidak berapa lama lagi dimana bahangnya sudah terasa masa kini jelas masyarakat setempat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan