Sabtu, 27 Mei 2017

Oleh. Jasly Dol
INDUSTRI HIBURAN MULAI MENGURAK DIJALANAN?
SABAH.  Beberapa orang pemain industri hiburan tempatan Sabah terpaksa berdikari sendiri membuang wang ringgit bergerak sendirian mempromosi serta menjual album mereka sendiri berikutan langkah berjimat cermat akibat tidak berupaya membuat pengiklanan dalam beberapa syarikat pengiklanan tempatan sejak setahun lalu, ramai kroni kroni industri hiburan tempatan Sabah kurang bersatu bagaimana membuat promosikan semua album mereka dengan cara yang benar melalui beberapa syarikat pengiklanan yang berlesen tanpa melakukan kerja promosi bersendirian bak kata orang tua dahulu Kongsi Reziki Yang Ada tanpa mementingkan diri dan keuntungan sendiri.
Industri hiburan tempatan Sabah boleh pergi jauh jika semua pemacu saling berbincang dan berkerjasama dalam memainkan peranan mempromosikan semua album mereka melalui hubungan kerjasama dengan syarikat syarikat pengiklanan tempatan Sabah demi menanafaatkan kerjasama dalam perniagaan, amalan segelintir pemacu industri hiburan tempatan dengan bersendirian mempromosikan serta menjual pelbagai jenis album kumpulan penyanyi dan pemiuzik mereka secara bergerak sendiri diseluruh Sabah mungkin menelan belanja yang lebih tinggi berbanding harga iklan dalam syarikat pengiklanan yang dilesenkan.
Semua ini didedahkan pengalaman pegawai pengiklanan Leornard S. Lim dalam pertemuan media terkini sebagai merungkai Pemacu Industri Nyanyian dan Miuzik yang kerap bergerak disetiap tamu mingguan dan pasar malam bagi mempromosi dan menjual album mereka tanpa memberi ruang kepada syarikat pengiklanan mempromosikan album mereka secara lebih meluas dan berkesan dengan kos belanja murah, namun semua usaha pegawai pengiklanan berlesen menemui serta berbincang dengan sebilangan pemacu industri hiburan Sabah bagai menyimbah air didaun Keladi tanpa sebarang pertimbangan pemacu industri hiburan malah diantara Pemacu Industri Hiburan enggan berbincang dengan syarikat pengiklanan secara baik mengakibatkan mereka (Pemacu Industri Hiburan) bergerak sendirian ujar beliau.
Leornard S. Lim tidak menuduh semua pemacu industri hiburan dan miuzik menolak syarikat pengiklanan berlesen menidak hubungan kerjasama namun telah ramai pegawai iklan berlesen dipinggirkan oleh golongan terlibat lebih setahun lalu tanpa disedari semua pencinta seni suara, sesuatu harapan warga Sabah kepada semua pihak pemacu industri hiburan dan syarikat pengiklanan berbincang secara menang menang supaya dapat dibina jambatan penghubung mereka berganding bahu merealisasikan industri perniagaan bersama agar reziki Tuhan dinikmati bersama jelasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan