Sabtu, 20 Mei 2017

Oleh. Bujie Tukarang
KARAMAIAN KOKOTUAN DIMANA SUNDU BAMBARAYON?
Sabah. Sakag tungkus molohing mempersoalkan pada masa kini kemana pergi SUNDU BAMBARAYON semangat padi apabila setiap upacara seumpama dijadikan muodiol perniagaan sewaan tapak dan meja dimana juga majlis berlangsung tanpa mengira bangsa agama dan pekerjaan asalkan mampu menarik sumber kewangan didahului dengan menjadikan asas perniagaan dan bukan lagi sundu bambarayon, bayangkan tadau kokotuan dahulu semua tetamu tanpa mengira bangsa dan agama semua diberi makan minum percuma berbanding pada masa kini semua makanan dalam upacara pesta menuai dibeli akibat tidak ada sudah sundu bambarayon dari ritual semulajadi orang ilmuan dahulu natijahnya sambutan kokotuan pada masa kini sekadar mengimbau kenangan disamping lebih kepada urusniaga kawasan bandar dengan berbeza dikawasan kampung asli orang Sabah.
Kokotuan dalam bandar dengan Kokotuan sekitar perkampungan orang asli Sabah jauh berbeza dimana upacara disediakan sebagai asas urusniaga dan semua hidangan pula disediakan cara percuma oleh pihak penganjur dengan perbezaan masa pendek dan masa panjang sampai dua tiga hari diraihkan jiran sekeliling namun masih ramai masyarakat tidak menyedari perkara sebenar upacara tersebut, tidak hairan lah walaupun sambutan kokotuan sekitar bandar diberi promosi pelbagai kain rentang menjemput orang ramai namun jarak 100 meter pun masyarakat tak sanggup datang melainkan golongan VVIP atau orang orang mewah berbelanja disetiap gerai yang berniaga  berbanding dikampung kampung orang asli Sabah berpesta makan minum percuma sampai 2 hingga 3 hari siang dan malam walaupun penganjur setakat penanam padi setiap tahun namun Sundu Bambarayon sentiasa dikaitkan ada dalam upacara sambutan orang kampung.
Pendedahan Tuniki Binabar dari Tambunan yang melihat sambutan Tadau Kokotuan peringkat Kampung dengan peringkat daerah anjuran orang tanam padi dengan orang berpangkat dan hidup mewah namun bezanya jauh sekali mengakibatkan wargakota hampir tidak berminat dalam upacara sambutan TADAU KOKOTUAN, sebaliknya jika terdengar kampung halaman mereka menganjur pesta menuai pasti berebut hendak pulang walaupun hanya 2 hari cuti dimana kadangkala pekerja dibandar sampai tertambah cuti tanpa gaji oleh majikan kurang dari 7 hari semata mata merasakan sambutan Tadau Kokotuan sebenar hasil pulangan PADI SUNDU BAMBARAYON jelas beliau.
Tuniki Binabar yang juga bekas pencen anggota keselamatan hairan sambutan Tadau Kokotuan masa kini walaupun dianjurkan oleh orang orang berpangkat secara berkumpulan dengan menerima sumbangan derma dari orang orang bergelar datuk datuk, ahli ahli perniagaan, persatuan persatuan NGO namun semua makanan tetap juga dibeli oleh pengunjung pesta tersebut termasuk lah air minum tidak lagi ada percuma seperti upacara Sundu Bambarayon asal Tadau Kokotuan, dalam konteks ini sudah tiba masa nya SAMBUTAN TADAU KOKOTUAN dipulihkan pada asal semulajadi makan minum percuma disediakan oleh pihak penganjur walaupun peniaga menyewa gerai untuk perniagaan berasaskan produk tempatan namun bukan menjual makan minum membelakangkan SUNDU BAMBARAYON bagi pengamal tanaman padi katanya.
MEDIA TERKINI KURANG ARIF APAKAH CARA SAMBUTAN PESTA MENUAI DARI PENGAMAL PENANAM PADI DAHULU SAMA ADA DINIAGAKAN SAMBUTAN TERSEBUT ATAU SANTAPAN MAKAN MINUM PERCUMA UNTUK SELURUH PENGUNJUNG.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan