Ahad, 7 Mei 2017

Oleh. Welliem Anak Lagau
MISTERI JUAL IKAN DITAMU MINGGUAN
Sabah. Setiap lapisan masyarakat dalam negeri ini sinonim memerlukan ikan setiap hari dalam keperluan makanan seharian terutama mereka yang jauh diluar bandar, namun tidak ramai yang menitik beratkan kualiti ikan terutama golongan penjual yang meragukan apa tak lagi mereka yang berlatarbelakangkan penghuni baru dalam negeri ini disamping perwatakan yang amat meragukan.
Sesetengah penjual ikan bergerak disetiap tamu mingguan juga bagai tidak menghormati orang ramai yang lalu lalang didepan permis jualan mereka apabila sambil bercakap, "Kawan Ikau Jual Ikan Boom Naka?", mungkin jenaka bagi penjual namun menakutkan orang memahami, selain dari itu perbuatan golongan terlibat seolah olah mempersendakan undang undang dan peradaban budaya dipelusuk negeri Sabah.
Kes seumpana dilaporkan berlaku lebih setahun lalu dimana golongan yang gemar berkata kata serupa adalah lelaki dalam lingkungan remaja kebawah umur 40 an walaupun terdapat pegawai kanan kerajaan melintasi tapak tamu jualan mereka namun tak langsung menghormati, kebanyakan pesara kerajaan yang ditemui mempersoalkan tujuan penjual berkenaan berkata sedemikian rupa seolah olah bahan Bom Ikan sebagai perkataan gurauan dan tidak mendatangkan ketakutan masyarakat awam terutama golongan yang memahami betapa bahayanya memakan ikan Bom yang mereka (penjual) anggap sebagai bahan jenaka setiap hari tegas mereka.
Menurut beberapa pesara kerajaan yang ditemui adalah wajar penguasa Majlis Daerah atau Pengarah Dewan Bandar Raya membatalkan lesen peniaga seumpama demi keselamatan disamping menghentikan perbuatan mempersendakan perundangan mahupun peradaban yang dipegang oleh negeri Sabah sejak dahulu kala, selain dari itu rakyat dalam negeri Sabah juga perlu memulau penjual ikan serupa sebelum diambil tindakan pihak berkuasa tempatan agar mereka (penjual) sedar bagaimana hukuman orang Sabah terhadap penjual yang tidak menghormati peradaban dan undang undang dalam negeri ini tegas mereka.
Hanya penjual ikan yang dikenali Anak Jati Asli Sabah sahaja yang tidak bersikap sedemikian rupa setiap kali menjual ikan dimana juga tamu mingguan dalam negeri ini memandangkan ikan Bom tidak sesuai untuk mereka yang mahu menjaga kesihatan keluarga sepanjang masa, maka bertepatan lah rakyat Sabah bijak berfikir memboikot penjual ikan berkata kata, "ikan Bom" dimana juga tamu mingguan termasuklah rakan mereka yang bersubahat tidak menghalang perbuatan pelaku perkataan yang tidak sewajarnya dilepaskan bahan pendengaran umum agar kesusahan hidup mampu mendidik mereka menghormati tanah air Sabah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan