Sabtu, 13 Mei 2017

GAMBAR DISERTAKAN INI SEKADAR HIASAN BERITA SEMATA MATA
Oleh. Bujie Tukarang
MAMPUKAH PEMBANGKANG MENAWAN PARLIMEN SEPANGGAR ?
Kota Kinabalu. Gerakan parti pembangkang menjelajah setiap kampung diramal kepimpinan mereka (parti pembangkang) mampu menawan kerusi parlimen Sepanggar dan DUN Inanan, Kerambunai serta DUN Darau dalam pilihan raya ke 14 akan datang setelah dikerumuni rakyat jelata dalam setiap kampung dilawati, golongan pemimpin parti pembangkang dilapor bijak mempengaruhi rakyat jelata dimana melawat kampung dalam pelbagai majlis keramaian terutama majlis perkahwinan dimana senang dibawa bergambar walaupun berbeza kefahaman politik kearah menarik perhatian setiap penyokong perjuangan mereka  (pembangkang) dalam setiap gerak jelajah mereka.
Parlimen Sepanggar juga dipercayai menjadi rebutan golongan parti pembangkang dari Parti DAP, KEADILAN, BN, PCS, WARISAN dan Parti Gabungan Sabah disamping beberapa parti kecil yang lain termasuklah DUN Inanam, Kerambunai dan Darau walaupun parti kompenan BN sekadar berkerja memberi perkhidmatan pada rakyat jelata, namun ramai rakyat jelata setempat bertegas yakin setia berjuang bersama BN berbanding pembngkang yang sekadar banyak bercakap namun menghulur bantuan untuk rakyat sukar digapai apa tak lagi sekadar mengharapkan kemenangan semata mata.
Pendedahan Budin Guridi mantan ahli Parti Berjaya dalam pertemuan Media Terkini Malaysia sebagai mengulas pergolakan politik Parlimen Sepanggar  dan beberapa kawasan DUN setempat melainkan calon calon parti pembangkang memiliki lampu ALADIN bagi menawan hati rakyat memberi sokongan terhadap parti perjuangan mereka berhadapan sehingga 5 ke 8 penjuru calon bertanding dalam pilihan raya, tidak dinafikan bakal timbul lagi beberapa parti politik menjelang PRU ke 14 akan datang mengikut kedudukan percaturan politik semasa dan sokongan suara rakyat setempat berikutan percambahan parti parti politik tempatan yang giat mempromosikan agenda perjuangan Sabahan termasuklah beberapa tokoh politik veteran dengan idealogi politik matang masing masing semakin terasa bahang menyusup dalam bandar sehingga kepada perkampungan terpencil tegas beliau.
Budin Guridi enggan mendedahkan nama nama tokoh politik veteran yang bergiat aktif menjalankan jelajah mendekati rakyat Sabah masa kini namun yakin dalam masa terdekat ini pasti boleh mempamerkan perjuangan mereka secara terbuka walaupun agak kebelakangan dari parti pembangkang lain, malah tokoh politik veteran terbabit turut mengintai juga kerusi seluruh kerusi kawasan Parlimen Sepanggar dan kawasan kawasan lain dinegeri Sabah jika berpotensi pemimpin parti mampu memenangi kawasan berkenaan walaupun ditandangi parti politik yang terkenal dengan aktiviti cari makan bermusim dalam pilihan raya sahaja dan lepas pilihan raya terus senyap tegas beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan