Sabtu, 6 Mei 2017

Oleh. Jopis Anak Lagau
DESAKAN CARI WANG LUPA JENAMA JUALAN
Kota Kinabalu. Beberapa peniaga bergerak dipercayai terdesak mencari wang ringgit walau dengan pelbagai cara asalkan jualan menjadi wang setiap hari tanpa mengambil kira risiko yang bakal diterima oleh pelanggan serta keluarga yang menjadi pengguna barangan terlibat, antara yang kerap tidak diingati barangan jualan melibatkan ubat ubatan tradisional serta madu lebah tak tahu jenis serta kegunaan produk terlibat demi rujukan setiap pengguna dalam bandar amnya perkampungan terpencil.  Kerajaan amat prihatin dengan kepentingan rakyat jelata berniaga cari kehidupan bagi ruang perniagaan tamu mingguan namun para peniaga juga perlu memiliki tanggongjawab menentu sahkan produk jualan mereka itu benar benar berkualiti dan bukan sekadar terjun berniaga bagi cari duit semata mata, semua ramuan tradisional yang tidak memiliki sijil perubatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia sekadar layak digelar makanan tambahan dan jauh sekali disebut UBAT demi mengelak pengguna terjebak dan terpedaya melanggani tanpa menghirau perubatan hospital sebenar.
Dalam konteks seumpama masyarakat sekeliling boleh sama sama mengawasi pelbagai produk makanan tambahan yang bukan berdaftar sebagai UBAT agar tidak ada yang bakal menjadi mangsa makanan tambahan tanpa hasiat yang diperlukan pada setiap tubuh manusia,
selain dari itu agensi penguatkuasa yang dilantik oleh Kerajaan harus lah memainkan peranan bagi mecegah serta mengambil tindakan tegas terhadap orang orang yang berniaga memperdaya pelanggan dengan produk makanan tambahan mereka agar pesakit tidak tertipu tiap hari. Luahan dari Puan Bibiasi Abdullah bagi membongkar teknik penjual herba makanan tambahan dari herba tradisioal dimana majoriti penjual mendakwa jualan mereka sebagai UBAT walaupun jelas dapat dilihat sekadar herba makanan tambahan, dengan pendedahan ini rakyat seluruh Sabah wajar bijak bertindak menilai apakah sebenar jenis produk yang dijual menerusi setiap tamu mingguan mahupun pasar malam supaya tidak ada yang terpedaya serta menjadi mangsa korban penipuan herba makanan tambahan sebagai UBAT penyembuh semua jenis penyakit katanya.
Kebanyakan masyarakat berbilangkaum yang ditemui Media Terkini menyokong luahan Bibiasi Abdullah berhubung herba tradisional makanan tambahan dari herba tradisional yang banyak dimanipulasi penjual semata mata mahu mendapat kewangan, hanya masyarakat berbilang kaum sahaja yang mampu membendung dan memboikot penjual herba makanan tambahan yang sanggup mendakwa ianya UBAT tanpa pengesahan Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai pengajaran mereka. Dalam penyamaran tinjauan Media Terkini sekitar tamu Gaya Street dan tamu Kg. Air Kota Kinabalu setiap minggu sememangnya lambakan penjual meragukan terlalu ramai yang berniaga herba pemakanan tambahan dan herba tradisional namun semua penjual berani mengaku jualan mereka adalah UBAT yang banyak menyembuhkan pesakit, ditanya sijil pengesahan perubatan tidak ada yang dapat mempamerkan sijil Kementerian malah terdapat juga penjual yang marah jika ditanya sijil kelulusan perubatan produk mereka dengan pelbagai alasan bagi menutup kegiatan mereka cari makan tanpa fakta sebenar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan