Isnin, 2 Disember 2024

WASPADA IKLAN LAMAN TAK DIKENALI

Ramai penduduk Sabah mendedahkan pelbagai iklan dilaman tidak dikenali disamping disebarkan pada admin group dengan pelbagai tawaran menarik diluar negeri Sabah.

      Kejadian berkenaan berlaku sejak beberapa bulan lepas tanpa butiran lengkap disamping memungut kos pengangkutan awam jika menyertai tawaran menarik berkenaan.

      Kebanyakan dari warga yang ditemui menyifatkan pengiklanan tawaran menarik diluar Sabah serupa juga dengan tawaran di Thailand, Mynmar dan Bangladesh yang akhirnya dijadikan sebagai tahanan.

       Menurut orang Sabah, jika benar segala tawaran yang diberikan mengapa tidak dipamer dalam pengiklanan akbar dilesenkan, selain dari itu mengapa pula hendak mengutip wang kos pengangkutan dari para peserta yang menyertai  tawaran mereka dalam laman sesawang dan admin group.

      Sehubungan dengan paparan ini penduduk Sabah perlu berwaspada segala tawaran menarik dalam laman meragukan serta admin group yang menjadi tumpuan pengikut masa kini, semua tawaran seumpama wajar dirujuk kepada pihak berkuasa tempatan terlebih dahulu sebelum menyerahkan wang kos pengangkutan awam agar tidak menjadi mangsa setiba diluar Sabah. Susunan Tedung Selar




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Editor
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan