Isnin, 2 Disember 2024

TIGA DUN BERSAING SENGIT

Oleh. Jusupi Anak Kurdi dan Gifkir Aming 

 Parlimen 

Sepanggar. Penduduk berdaftar pengundi dikawasan kerusi P.171 Sepanggar menyifatkan PRN dalam tiga Dun setempat sengit dan panas menerusi pemilihan rakyat jelata.

         Antara kerusi terlibat ialah Dun Inanam (kini milik PKR) Dun Darau (kini milik WARISAN) serta Dun Kerambunai (kini milik UMNO), penduduk setempat hanya menanti saat pembuburan Dun Sabah dijangka tahun 2025 walau belum pasti tarikh nya  ujar mereka. 

        Kebanyakan warga pengundi yang  ditemui mengaku sukar meramal siapa pilihan rakyat sepenuhnya, berikutan masih banyak perkampungan luar bandar kurang mendapat kemajuan prasarana seperti Paip Graviti, Bekalan Letrik sering terputus bekalan, namun sukar menghubungi para pemimpin parti politik sekitar tegas mereka.

         Bagi warga pesisir bandar dan pekan pula isu yang kerap melanda adalah kekurangan bekalan air, harga kos sara hidup meningkat, bekalan letrik juga kerap terputus  disamping sesetengah tempat tanah rendah sering ditenggelami banjir ujar mereka.

         Pertumbuhan parti politik baharu juga terlalu banyak sedangkan kebanyakan parti masih diterajui golongan pemimpin lama yang sudah banyak kali berpindah parti, selain dari itu ada juga pemimpin parti politik yang berpindah dari satu bahagian ke bahagian lain namun bukan muda untuk rakyat jelata menemui mereka tegas penduduk setempat.

          Beberapa penduduk yang mendakwa cuba menghubungi beberapa pemimpin politik bagi tiga kerusi Dun tersebut mengakui gagal mendapat jawapan, atas maklumat pengundi dalam tiga Dun  tersebut KRU MEDIA TERKINI MALAYSIA cuba menghubungi beberapa pemimpin politik setempat namun serupa juga tidak disanbut.

        Tidak hairan lah jika PRN akan datang jika tersilap meletak calon para parti yang bertanding para pengundi muda atau yang tua bakal memandang budi pekerti dan tanggongjawab calon diturunkan, sistem politik lama yang melantik ketua ketua Zon bagi menjaga ribuan pengundi sudah tidak ada dalam kamus rakyat masa kini melainkan calon sendiri turun padang berjumpa semua rakyat lebih awal penuh kejujuran ungkap mereka.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang










Tiada ulasan:

Catat Ulasan