Ahad, 1 Disember 2024

MELANCONG SAMBIL MENGEMIS

Oleh. Gifkir Aming

Sabah. Kepakaran mereka meraih simpati warga negeri ini mampu memperolehi ratusan ringgit sehari. 

        Dengan hanya menghulurkan kertas bertulis orang kurang upaya  tanpa sebarang pengesahan dari pihak berkuasa tempatan, warga Sabah silih berganti memberikan wang ringgit pada mereka setiap hari dari pagi hingga ke petang.

         Trend pelancong meminta sedekah dengan pelbagai helah berlaku sepanjang tahun walaupun golongan terlibat bertukar ganti orang nya, sebaliknya jika warga Sabah sendiri yang melakukan kerjaya serupa diherdik dan dihalau oleh masyarakat mereka sendiri.

        Ini didedahkan kumpulan masyarakat prihatin Borneo kepada Media Terkini sebagai memperingatkan penduduk Sabah lebih baik membantu orang sendiri, antaranya mereka yang susah dipendalaman atau luar bandar atau peniaga kecil kecilan dengan memberi sokongan urusniaga mereka tegas ngo terlibat.

        Perbezaan nya lebih ramai warga Sabah dilaporkan lebih membantu orang asing yang melancong berbanding orang sendiri, kes seumpama telah berlaku puluhan tahun namun tidak ada sebarang  kesedaran warga tempatan bagi membantu orang sendiri sehingga masa kini. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan