Oleh. Jasly Dollah
GERAK BERSAMA RAKYAT WAJAR DIHEBAHKAN
Parlimen Tuaran. Gerakan mendampingi seluruh rakyat jelata tanpa mengira kefahaman parti politik khususnya kawasan perkampungan terpencil perlu dihebahkan sebagai panduan semua pemimpin parti politik lain dalam gabungan yang mendokong matlamat perjuangan kerajaan memerintah, himpunan permaufakatan dikalangan ahli ahli parti politik bersama rakyat seharusnya dijadikan contoh teladan dalam memacu pembangunan dan ekonomi serta semua bentuk bantuan kebajikan terhadap pelbagai lapisan masyarakat yang memerlukan agar tidak ada rakyat jelata yang tercicir mahupun gagal mendapat maklumat segala perancangan kerajaan negeri serta kerajaan persekutuan amnya.
Sejak kebelakangan ini pemimpin parti politik pertengahan dan bawahan saling memperbanyak jumlah ahli ahli parti diperingkat kampung demi mendapat pengaruh lebih disetiap kawasan mereka masing terutama dalam menghadapi pilihan parlimen akan datang kearah mempertahankan sokongan rakyat keatas calon calon yang bakal dipilih bertanding.
Sejak beberapa bulan lepas Kru Media Terkini sering menerima penghantaran pelbagai jenis gambar berkonsep perjumpaan parti parti politik tanpa diketahui agenda yang dilakukan golongan terlibat
Apapun aktiviti ahli ahli parti politik bersama rakyat jelata biar lah dikongsi bersama demi kebaikan masyarakat sejagat apa tak lagi berkerjasama terhadap semua pihak agar sama sama memperolehi manafaat ujar orang ramai yang ditemui.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan