Isnin, 29 Mac 2021


 Oleh. Jasly Dollah

SIAPA PILIHAN PRU 15 

Sabah. Pergolakan politik di Semananjung Malaysia mungkin membuka minda rakyat Sabah dalam pilihan raya ke 15 akan datang terutama dikawasan parlimen pengundi bumiputera Islam dan bumiputera bukan Islam berbanding pengundi kawasan bandar yang majoriti pengundi Cina.

Sejak beberapa bulan lepas pergolakan UMNO dan BERSATU dilihat panas dimana masing masing mempertahankan kerusi parlimen yang dimenangi sebelum MP terlibat menukar parti sebaik selepas pilihan raya membuatkan parti asal MP dikawasan terlibat terus dipertahan parti asal MP yang menukar parti namun parti baharu MP terlibat juga terus mahu mempertahankan kerusi yang dimenangi dari patti asal sebelum berpindah parti.

Dalam konteks ini UMNO, PBS, STAR, PAS, SAPP, PBRS, MCA, MIC, BERSATU dalam negeri Sabah memilih langkah mendepani PRU ke 15 solo atau bergabung dengan pengagihan 25 kerusi parlimen bagi menghadapi UPKO, WARISAN, DAP, PKR dan AMANAH bertarung merebut kerusi parlimen sebagai langkah membentuk kerajaan Malaysia.

Senario percaturan politik Sabah berbeza dengan politik di Semananjung Malaysia namun bukan muda untuk diramal siapakah pemenangnya semasa pengundian berjalan berikutan pengundi Sabah terlalu banyak suku etniknya yang memilih calon yang dipertandingkan.

Kedua dua pihak antara parti memerintah Sabah masa kini serta gabungan kepimpinan parti pembangkang masing masing memiliki peluang untuk meraih sokongan undi rakyat jika mereka turun padang menemui semua rakyat tanpa memilih golongan yang didampingi.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan