Isnin, 8 Mac 2021

 POLITIK BIJAK TENUNGAN RAKYAT 

Oleh. Williem Anak Lagau 

Sabah. Pemacu politik bijak bakal tumpuan rakyat dalam mendepani pilihan raya ke 15 akan datang walaupun ramai mendakwa boleh berlaku pada bila bila masa sebelum Ogos 2021. 

Kekuatan BN disudut mata rakyat  khususnya UMNO, PAS, PBS, STAR, MCA, MIC, SAPP dan PBRS boleh dipertingkatkan jika diperkemaskan bermula dari sekarang bagi mendekatkan segenap lapisan rakyat jelata yang berdaftar sebagai pemilih.

Kekuatan parti dipihak lawan bukan bersandar pada kedudukan dan jawatan mereka namun ramai rakyat terpengaruh dengan kejujuran kepimpinan mereka sehingga iklas telus turun keperingkat akar umbi dengan kata kata lunak dan memberangsangkan seluruh jiwa rakyat jelata tanpa mengira bangsa dan agama ujar beberapa pemerhati politik tempatan.

Kru Media Terkini yang membuat tinjauan diantara penyokong parti parti memerintah dengan parti parti pembangkang mendapat pelbagai reaksi berbeza beza dikalangan rakyat yang bukan tergolong jentera parti politik berkempen meraih sokongan kemenangan ketua ketua mereka.

Apapun terserah dengan pemimpin parti politik diperingkat bahagian memperkasa perjuangan sehingga keakar umbi agar rakyat jelata lebih meyakini perjuangan pemimpin mereka semasa menghadapi pilihan raya ke 15 akan datang.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan