Sabtu, 27 Mac 2021


 Oleh. Jasly Dollah 

BROKER PARTI POLITIK BERKELIARAN

Sabah. Broker Parti Politik berkeliaran sejak beberapa bulan yang lepas bagi menyebarkan dakwaan 'SIPULAN PULAN BAKAL DICALONKAN' namun ditanya kemana mana pejabat parti jurucakap parti menafikan wujud senarai nama calon terjun pada pru ke 15 akan datang.

Kerusi panas yang cuba dikuasai ahli ahli parti politik bumiputera nampaknya kawasan bumiputera bukan Islam dan kawasan bumiputera Islam saling mencadang calon kepada presiden parti masing masing namun jarang sekali bertemu rakyat jelata menurut sumber penduduk luar bandar.

Menurut sumber maklumat orang ramai Broker Broker Politik ini menggunakan watsap group bagi mengumumkan cadangan cadangan calon mewakili setiap parti yang mereka beri sokongan agar calon calon yang disebarkan mampu terkenal serta boleh diterima pucuk pimpinan tertinggi parti tegas mereka.

Anehnya broker calon hanya bergerak dikawasan parlimen bumiputera bukan Islam serta parlimen bumiputera Islam manakala dikawasan bandar parlimen pengundi Cina broker politik sunyi sepi bagai hilang suara jelas rakyat jelata yang ditemui.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan