Sabtu, 13 Mac 2021


 Oleh. Basron Kirwan 

BN MAMPU BANGKIT DENGAN GERAK DIAKAR UMBI 

Umno, Pas, Mca, Mic mampu bangkit semula dihati rakyat jika kepimpinan mereka terus menggempur sehingga keakar umbi sebagai meraih sokongan dari rakyat berbilang bangsa dan agama, selain dari itu golongan pemimpin terlibat harus nengetahui situasi minda rakyat jelata setiap kawasan yang diwakili masing masing agar parti pimpinan mereka terus disokong rakyat menjelang pilihan raya akan datang.

Disebalik usaha jentera pemimpin parti memerintah masa kini berusaha menyusun strategi mendampingi seluruh lapisan rakyat kepimpinan perti pembangkang seperti DAP. PKR, AMANAH, UPKO dan WARISAN tidak boleh dipandang ringan jika mereka (pembangkang) mampu menggandakan usaha mendampingi seluruh lapisan rakyat diseluruh negara sehingga pilihan raya akan datang.

Pandangan beberapa penganalisis politik bagi merungkai percaturan politik masa kini yang masih diteliti segenap lapisan rakyat yang berdaftar senagai pemilih khususnya dalam menanti pilihan raya ke 15 akan datang ujar mereka.

Hanya pemimpin parti politik yang benar benar memelihara hubungan baik seluruh rakyat jelata yang berdaftar sebagai pemilih sahaja yang mungkin mampu mengekalkan sokongan penuh rakyat jelata dalam pilihan raya akan datang.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan