Ahad, 14 Mac 2021

 RAMAI MELUAT BUNYI BISING TAPI? 

Oleh. Koijul Hairul 

Sabah. Ramai yang meluat mendengar bunyi bising EXZOS MOTORSIKAL DIUBAH berderum melintas kawasan perumahan dan perkampungan tengah malam tapi tidak ramai bertindak berani merakam gambar serta melaporkan kepada pihak berkuasa tempatan. 

Kebanyakan golongan yang meluat bunyi bising EXZOS MOTORSIKAL hanya menyebarkan kemarahan mereka didalam watsap atau laman sesawang bebas bagi melepas geram namun pemilik motor EXZOS BISING hanya tersenyum lucu melihat gelagat sebilangan masyarakat masa kini.

Pihak berkuasa tempatan tidak pernah diam didalam kes EXZOS MOTORSIKAL BISING namun masyarakat sekeliling yang mempunyai maklumat dalam perkara tersebut perlu bertindak berani membuat laporan dengan bukti yang jelas agar memudahkan pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya.

Bagi segelintir masyarakat yang hanya melepas geram dalam watsap berhubung kes tersebut cuba meminta pandangan dengan pihak berkuasa tempatan agar masaalah terbuku didalam hati dapat dirungkai sebaik mungkin.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan