Rabu, 17 Mac 2021

 Oleh. Koijul Hairul 

TAMU MINGGUAN TELIPOK PERLU DIPERKETAT 

Telipok. Pembukaan Tamu Pekan Telipok perlu diperketatkan aspek SOP setiap peniaga dan pengunjungnya  agar tidak sesuka hati bergesel badan malah ada yang sengaja melanggar orang dihadapan nya walaupun pandemik covid 19 masih menular diseluruh dunia. 

Tamu mingguan Telipok berjalan setiap khamis seminggu sekali dimans terhenti lama sejak Covud 19 menular diseluruh dunia namun hari ini 18 March 2021 kini ia dibuka semula dengan kehadiran pelbagai suku etnik yang membanjiri tamu tersebut.

Satu kaedah disuarakan orang asal Telipok bagi memastikan keselamatan Tamu tersebut ialah memastikan kawalan polis dan tentera bagi mengekang kedegilan warga asing yang berkeliaran ditamu tersebut.

Orang asal Telipok juga melihat sendiri warga asing tidak menghiraukan sukarelawan yang bertugas walaupun menyarung pakaian seragam mengawal ronda tamu tersebut.

Hanya kawalan polis dan tentera yang mampu mengekang kedegilan warga asing disekitar tamu mingguan Telipok agar penularan covid 19 dapat dibendung dalam jangkamasa panjang.

Turut menghubungi media terkini adalah orang asli Menggatal yang turut menyokong suara orang asal Telipok agar tamu  Menggatal juga dikawal polis tentera bagi memastkan warga asing tidak menindas orang asli setempat.




.

Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan