Oleh Huzera Ben
MENGAPA SERANGAN COVID 19 TIDAK BERPENGHUJUNG
Wahsington. Masyarakat antara bangsa masih bertanya sesama sendiri berhubung virus covid 19 yang terus meningkat tidak berpenghujung sehingga kehari ini, malah kebanyakan serangan tertinggi virus covid 19 merupakan negara negara maju dan memiliki kepakaran dalam it berteknologi tinggi.
Sehingga kehari virus covid 19 terus membunuh 2.72 juta orang seluruh dunia sejak lebih setahun lalu manakala jangkitan terkumpul yang direkodkan sehingga kehari ini telah melebihi 123.43 juta orang.Amerika Syarikat terus merekodkan kematian yang tertinggi serangan virus covid 19 dengan angka melebihi 554,871 orang sementara jangkitan meningkat 30.48 juta orang sehingga kehari ini menyebabkan pelbagai persoalan masyarakat antara bangsa hairan mengapa kes seumpama tidak mampu dibendung dalam kecanggihan teknologi negara tersebut.
Bagi negara Brazil terus merekodkan angka kematian serangan virus covid 19 sehingga kini melebihi 292,856 orang manakala jumlah jangkitan terkumpul sejak lebih setahun yang lalu direkodkan melebihi dari 11,950,459 juta orang.
Dalam keghairahan negara berlumba lumba membuat tempahan beberapa jenis vaksin bagi membasmi virus covid 19 India kini merekodkan kematian lebih 159,790 orang sementara jangkitan yang telah direkodkan negara ini lebih 11.59 juta orang.
Teruskan pematuhan SOP yang ditetapkan oleh setiap negara masing masing bagi menghindari jangkitan virus covid 19.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita serta memuatkan iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan