Isnin, 22 Mac 2021




 SEKILAS PANDANG 

Oleh. Koijul Hairul 

Kota Kinabalu. Semua pemandu Bus Mini wajib mematuhi syarat kadar tambang yang ditetapkan oleh kerajaan tanpa menipu penumpang demi kepentingan peribadi semata mata, antara penipuan pemandu Bus Mini masa kini adalah kadar tambang Telipok Ria, Telipok sehingga Inanan dan Kota Kinabalu serta jarak 200 meter sahaja pun dinaik tambang tidak masuk akal.

Antaranya Telipok ke Inanam RM3.00 seorang dengan 12 dan 13 penumpang silih berganti sepanjang jalan, Telipok ke Kota Kinabalu RM4.00 seorang dengan penumpang penuh juga silih berganti sepanjang jalan dan paling teruk pemandu Bus Mini makan tulang dari Telipok ke Bandar Seirra RM2.00 yang tambang ditetapkan RM1.00 sahaja.

Menurut penumpang yang sempat ditemui sekitar perhentian Bus sepanjang jalan dari Kota Kinabalu ke Telipok hanya JPJ, LPKP dan POLIS serta TENTERA yang mampu menghalang penipuan golongan pemandu bus mini yang menaik kadar tambang sesuka hati mereka tanpa berpandu yang ditetapkan oleh kerajaan dalam negeri ini.

Kedegilan pemandu Bus Mini ini menakutkan sebilangan penumpang dimana golongan terlibat sanggup cari gaduh jika terdapat penumpang menegur perbuatan mereka menaik tambang sesuka hati dan tidak masuk akal.

Sehubungan dengan pendedahan ini POLIS, JPJ, LPKP, TENTERA wajib memulakan operasi setiap hari di Bus Stop Telipok Ria, Bus Stop Pekan Telipok, Bus Stop Terminal Sangrila Kota Kinabalu, Bus Stop Belakang Bangunan SESB KERAMUNSING serta sepanjang jalan lama Kota Kinabalu ke Pekan Telipok ujar para penumpang yang mengadu pada media terkini.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan