Oleh. Huzera Ben
SABAN HARI COVID 19 TERUS MENYERANG
New York. Masyarakat seluruh dunia terus dikejutkan dengan kes kematian serangan Virus Covid 19 yang terus menyerang sehingga mengorbankan lebih 2.7 juta orang, manakala bagi jumlah jangkitan diseluruh dunia juga meningkat sehingga kehari ini telah merekodkan lebih 122,35 juta orang tanpa ada petanda virus tersebut menghentikan serangan masyarakat sejagat.
Amerika Syarikat merekodkan kematian tertinggi 552,470 sehingga kini sementara jangkitan telah melebihi 30.35 juta orang sejak lebih setahun lalu.
Brazil juga merekodkan kematian serangan virus covid 19 melebihi 287,795 orang sementara jangkitan terus meningkat melebihi 11,787,600 orang sepanjang lebih setahun lepas.
Negara India terus berdepan dengan serangan virus covid 19 melebihi 159,400 orang kematian manakala jumlah jangkitan sejak lebih setahun yang lepas telah mencecah lebih 11.501 juta orang.
Dua negara yang bergelut dengan serangan virus covid 19 telah merekodkan kematian di United Kingdom 125,926 manakala Itali mencatatkan lebih 103,855 orang sehingga kehari ini tanpa ada petunjuk mahu berhenti sehingga kehari ini.
Teruskan mematuhi segala SOP yang ditetapkan setiap pemerintah negara diseluruh dunia.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan