Jumaat, 12 Mac 2021

Oleh. Gifkir Aming 

PEMINTA SEDEKAH TIDAK BERKESUDAHAN 

Sabah. Peminta sedekah dikalangan warga asing bagai tidak berpenghujung berikutan hampir setiap hari golongan terlibat terus berkeliaran dipelusuk bandar dan pekan tanpa rasa segan diperhatikan masyarakat umum diseluruh negeri ini.

Beberapa pengadu yang bosan menghadapi golongan peminta sedekah ini juga terkilan mengapa sebilangan nasyarakat dalam negeri ini terus memberi wang pada peminta sedekah yang sehat dan cergas setiap hari berlari melihat pasukan keselamatan beruniform meronda berhampiran tempat mereka meminta sedekah.

Pengadu yang mahu dikenal dengan nama Ricky turut mendakwa pemantauan sekeliling ada yang mengawasi peminta sedekah ini sebangsa mereka duduk jauh dari pengemis berkenaan sebagai penjaga mereka.

Orang ramai perlu memboikot dengan tidak menghulurkan peminta sedekah warga asing yang masih sihat dan boleh mencari kerja dinegara ini jika mendapat majikan penuh bertanggonghawab tegasnya.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan dari pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan