Ahad, 7 Mac 2021

 Oleh. Williem Anak Lagau / Gason Dumiri 

PARLIMEN SEPANGGAR PANAS MENJELANG PRU 15 

Parlimen Sepanggar mula terasa bahang panas nya walaupun belum pasti bila berlaku pilihan raya patlimen ke 15 namun sebilangan pemerhati politik masing masing mula membuat pelbagai ramalan berdasarkan suara suara pengundi dikawasan tersebut yang bukan menjadi ahli dalam sesebuah parti.



Kerusi Parlimen Sepanggar masa kini dikuasai wakil dari Parti Warisan Sabah Datuk Azis Jamman namun mampu kah beliau mempertahankan kerusi tersebut pada pilihan raya ke 15 akan datang apa tak lagi masa kini kerusi Dun bertambah di Dun Darau yang juga dikuasai wakil rakyat dari Warisan.

Menurut kekuatan Parti Warisan yang mendapat sokongan dari UPKO, PKR, AMANAH, DAP dan PEJUANG mereja masih mengharapkan sokongan pengundi di Dun Inanam Wakil Rakyat PKR masa kini dan Dun Darau dimana keyakinan parti parti terlibat akan berusaha mempertahankan kekuatan mereka mempertahan parlimen tersebut.

Bagi Parti Parti PBS, STAR, UMNO, PBRS, PAS, MCA, MIC, BERSATU perjuangan mereka sedaya upaya mahu merebut kerusi tersebut dari penguasaan Pakatan Harapan dengan pelbagai langkah disusun menambahkan ahli ahli parti mereka diperingkat akar umbi sejak beberapa bulan yang lepas.

Pertarungan merebut kerusi Parlimen Sepanggar terletak kepada daya usaha ketua ketua parti diperingkat bahagian tersebut bagi menyusuri seluruh rakyat yang mengundi diseluruh kawasan Parlimen Sepanggar.

Berdasarkan sumber pemerhati politik Parlimen Sepanggar merupakan kawasan yang terlalu panas untuk dipertaruhkan sebagai perebutan Pakatan Harapan Dengan Gabungan Rakyat Sabah.

Langkah kanan setiap ketua ketua pemimpin parti politik seluruh Parlimen Sepanggar harus bergerak dari sekarang memberi keyakinan terhadap seluruh rakyat tanpa menunggu disaat akhir turun padang menjenguk seluruh rakyat ujar pemerhati politik setempat.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurusi penyiaran dan pengiklanan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan