PEMINTA WANG MEMAKSA
Sabah. Segelintir peminta sedekah golongan orang muda mudi dilaporkan memaksa meminta wang serendah RM2.00 setiap seorang yang dijadikan alasan belum makan lagi.
Golongan muda mudi meminta sedekah ini sentiasa berjalan mencari mangsa yang boleh tunduk simpati dengan rayuan mereka setiap hari sehingga kadangkala berulang dengan orang yang memberi wang diwaktu pagi manakala tengahari pula jumpa lagi peminta yang sama.
Orang asli Sabah meminta semua wakil rakyat yang menang dalam pilihan raya agar turun padang sama sama memantau peminta sedekah dikawasan mereka demi membersihkan nama baik kawasan tanggongjawab mereka dimata pelancong asing.
Oleh. Koijul Hairul
SOP TERUS DIABAIKAN MASYARAKAT
Sabah. Sejak pandemik covid 19 menyerang dunia lebih setahun lalu semakin ramai warga didalam negeri ini lalai mematuhi SOP yang diarahkan pihak kerajaan demi menyelamatkan seluruh jiwa rakyat berbilang bangsa dan agama.
Hari berganti bulan bulan berganti tahun masyarakat semakin lupa segala penjarakan sosial berserta pemakaian pelitup muka sehingga masa kini boleh dilihat sekitar kawasan umum kelalaian sebilangan masyarakat setempat.
Matlamat pendedahan ini sekadar membantu kerajaan memberi peringatan masyarakat agar sama sama memelihara SOP dan pemakaian pelitup muka sepanjang masa demi menjaga nyawa sesama manusia disekeliling kita bersama.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan