Oleh. Koijul Hairul
MENGAPA BUS TELIPOK RIA BEBAS NAIK TAMBANG
Tuaran. Tindakan pemandu BUS TELIPOK RIA MENAIK TAMBANG harian sesuka hati wajib disiasat kerajaan Sabah secepat mungkin bagi mengelak penipuan melampau terhadap rakyat berpendapatan rendah disamping menjadikan semua Bus Stop sebagai menunggu penumpang secara lama sehingga kenderaan lain tidak boleh singgah mengambil rakan rakan sekerja mereka.
Kejadian seumpama bukan perkara baru malah sudah berbulan bulan lamanya namun tidak nampak tindakan pihak berkuasa tempatan terutama pelbagai laporan telah dikemukakan namun masih lagi ianya terus berleluasa setiap hari ujar orang ramai.
Sebilangan pemandu Bus Mini Telipok Ria juga Sombong dan angkuh dengan segelintir penumpang yang menegur mereka menaik kadar tambang walaupun penumpa55ng bersesak didalam Bus Mini mereka tanpa menghiraukan SOP yang telah ditetapkan pihak berkuasa tempatan.
Dalam konteks ini wakil wakil rakyat yang bertanggongjawab melibatkan kawasaan Telipok Ria diwajibkan turun padang memantau perbuatan pemandu bus yang menindas penumpang mereka setiap hari ujar orang ramai.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan