Oleh. Huzera Ben
VIRUS COVID 19 TERUS MEMBUNUH
New York. Seluruh dunia digemparkan serangan bunuh virus covid 19 sehingga kehari ini mencecah 2.78 juta orang manakala jumlah jangkitan hari ini sudah melebihi 127.26 juta orang telah menakutkan dikalangan negara negara membangun dan diparas kemiskinan.
Bagi negara Amerika Syarikat jumlah kematian direkodkan sehingga kehari ini berjumlah 562,012 orang manakala jumlah jangkitan telah melebihi 30.91 juta orang tanpa tanda tanda penyakit tersebut mulai berkurangan diseluruh dunia.
Negara Brazil juga merekodkan kematian 310,694 orang sehingga kehari ini manakala jumlah jangkitan melebihi 12,490,362 juta orang sejak lebih setahun yang lepas.
India juga terus diserang virus covid 19 dengan angka kematian lebih 161,586 orang dalam rekod jangkitan lebih 11.97 juta orang juga tidak memiliki tanda tanda penyakit tersebut berkurangan dari meragut seluruh nyawa manusia.
Turut dijangkiti negara negara maju masa kini termasuklah Rusia 4.51 juta orang, United Kingdom 4.32 juta orang manakala Perancis berjumlah 4.50 juta orang.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan