Selasa, 2 Mac 2021


 HENTIKAN PANDANG SEBELAH MATA 

Sikap segelintir masyarakat yang suka menindas orang orang tertentu didalam klompok komuniti mereka perlu dihentikan jika mahu membentuk permaufakatan yang maju bersama, kegagalan mereka melahirkan masyarakat bernaufakat seiring menempah kejayaan bersama hanya membuka ruang bangsa lain memperolehi peluang merebut kejayaan yang seharusnya dikuasai oleh orang orang asli dalam negeri Sabah apa tak lagi golongan warga asing. 

Antara luahan beberapa aktivis masyarakat  yang diperolehi dalam tinjauan Media Terkini bagi menyingkap beberapa perbuatan individu tertentu yang suka menindas orang lain demi kepentingan peribadi tanpa memiliki rasa simpati serta timbang walaupun menjadi tanggongjawab bersama bermaufakat seiring menempah kejayaan.

Ramai orang asal dalam negeri ini bijak bercakap sesama sendiri mempamerkan kebijaksanaan mereka berbicara namun membawa etnik sendiri maju kehadapan terlalu kurang disamping ramai pula yang suka mencantas golongan etnik mereka sendiri sejak beberapa tahun lepas.

Dalam tinjauan Media Terkini beberapa minggu lepas terdapat orang asli dalam negeri ini yang langsung tidak mampu membaca Akbar Media Terkini walaupun berhadapan dengan golongan terlibat, malah ada yang selamba bertanya "Encek Siapa?" , walaupun ditemui berdepan dengan rombongan kakitangan Media Terkini melibatkan ahli parti politik langsung tidak kenal  orang kanan pengurusan penyiaran dan pengiklanan Media Terkini didepan mereka.

Apapun bagi ahli ahli parti politik harus bijak membaca siapa juga disekeliling mereka tiap hari agar tidak terjerat dengan kelalaian mereka sendiri apa tak lagi menjelang pilihan raya yang pasti rakyat jelata berdaftar sebagai pengundi membuat penilaian orang orang ahli parti politik.  Susunan Pengarang 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan dari pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan