Selasa, 13 Oktober 2020

 PEKERJA MUSIM PKPBD MINTA BUS MINI DIBENARKAN 

Oleh. Jasly Dollah 

Kota Kinabalu. Pekerja sektor swasta yang diarahkan majikan berkerja musim PKPB atau PKPD meminta kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat memberi bantuan memberi kebenaran Bus Mini Orang Asal Sabah bergerak mengangkut golongan pekerja yang diberi surat majikan sepanjang PKPB atau PKPD berjalan. 

Dalam sidang media Menteri Pertahanan hari ini beliau mengumumkan Pengangkutan Awam seperti Bus Mini Bus Henti Henti dibenarkan namun perlu mengikuti SOP yang digariskan terhadap pengangkutan yang hanya mengisi separuh penumpang dan Bus Mini hanya kurang dari 8 Penumpang sahaja.

Sejak empat hari lalu pekerja swasta Kota Kinabalu terkandas dari sempadan daerah Tuaran akibat semua Bus Mini dan Bus Berhenti henti telah dihalang beroperasi mengangkat pekerja yang memiliki surat kelulusan majikan mereka untuk bekerja dan besar kemungkinan ada pekerja terlibat bakal kehilangan gaji jika tidak ada bus mini pengangkutan awam dibenarkan beroperasi.

Luahan Simizi Paulus seorang pekerja pembersihan yang tinggal di Telipok gagal memperolehi Bus Mini atau Bus Berhenti henti sejak 4 hari lepas namun tidak mampu menyewa Teksi atau Grab setiap hari dengan kadar gaji hanya RM1,50.00 sebulan sahaja tegasnya.

Sehubungan dengan pendedahan ini kerajaan Sabah dan kerajaan Persekutuan perlu mencari jalan memberi kebenaran antara 5 hingga 10 Bus Mini orang asli Sabah beroperasi dengan merekodkan nama pemandu berserta nombor Kad Pengenalan Pemandu khususnya rekod kesihatan pemandu agar muda dilakukan pemantauan keatas mereka setiap hari.

Pemandu Bus terlibat juga perlu mematuhi penumpang mereka memiliki surat kebenaran majikan tanpa mengambil kesempatan memuatkan penumpang yang bukan urusan kerja setiap hari.






Nota. Dilarang membuat catatan ulasan atau tumpang pengiklanan tanpa kebenaran dari pihak penerbit. Pengarang 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan