Ahad, 11 Oktober 2020

 KOTA KINABALU TUARAN ZON MERAH WARGA KAMPUNG MULA RESAH  

Oleh. Jasly Dollah 

Sabah. Warga kampung mula resah dikawasan Kota Kinabalu dan Tuaran berikutan tersenarai sebagai zon merah Covid 19 sehingga sukar keluar ke pekan pekan berhampiran disamping pengangkutan bus mini awam sudah berhenti operasi mereka, selain dari itu warga kampung yang tidak memiliki kenderaan tidak mampu menyewa kenderaan grab dalam jarak yang jauh membeli belah barang makan akibat kesempitan hidup namun bantuan kerajaan negeri belum kelihatsn lagi sampai ke kampung kampung terpencil. 

Antara luahan warga kampung daerah Kota Kinabalu dan Tuaran dalam hantaran ke Media Terkini berhubung sumber makanan mereka bakal hsbis dalam beberapa hari jika pengangkutan Bus Mini tiada ruang bergerak dalam jarak terdekat jelas mereka.

Selain dari itu masaalah bantuan makanan diperkampungan terpencil harus dipercepatkan oleh kerajaan baharu Sabah sebelum rakyat kehabisan bekalan makanan jelas warga desa yang mahu dikenali Juspio Paulus hari ini. 





Nota. Dilarang membuat ulasan dan catatan dalam akbar ini tanpa kebenaran dari pihak penerbit. Pengarang  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan