Khamis, 8 Oktober 2020


 Oleh. Gason Dumiri 

ISU AGAMA TIDAK MEMAKSA SESIAPA DALAM NEGARA 

Sabah. Etnik KDMR yang beragama Islam mula tersinggong apabila ada pemimpin parti politik cuba membangkitkan isu keagamaan dalam perlantikan jawatan keatas pemimpin beragama Islam dalam kerajaan negeri Sabah yang baharu tanpa mengambil kira kaum Kadazan Dusun Murut Rungus Lotud Tatana dan beberapa etnik lain termasuk lah kaum Cina sudah pun ramai memeluk agama Islam, seharusnya setiap pemimpin parti politik jangan sesekali membangkitkan perlantikan pemimpin dari PAS jika mereka menghormati umat Islam yang telah mengundi mereka dalam masa setiap kali pilihan raya berikutan umat Islam tidak pernah mempertikaikan pemimpin mereka undi walailupun pemimpin terlibat bukan beragama Islam apa tak lagi Sabah memiliki kelebihan penganut Islam orang asal tidak pernah memusuhi mana mana rakan atau pemimpin dikalangan bukan beragama Islam.

Nazlih Golimi Abdullah aktivis masyarakat beragama Islam dari Tambunan membuka bicara sebagai langkah memperjelaskan perlantikan pemimpin PAS orang Sabah dalam kerajaan Sabah yang baharu setelah diundi rakyat berbilang suku kaum dan agama pada 26 September 2020 lepas.

Beliau yang mengaku berbangsa Dusun terkilan ada pemimpin parti politik sanggup mengguris hati dan perasaan umat Islam Sabahan walaupun pernah mrmperolehi undi dikalangan rakyat beragama Islam dalam pilihan raya umum ke 14 yang lalu tegasnya.

Perlantikan pemimpin   Parti Pas Sabah  sudah dijangka bersesuaian berikutan kerjasama mereka PBS, STAR, UMNO, PBRS, SAPP, BERSATU, MCA dan PAS pada pilihan raya negeri Sabah sehingga Parti PAS memutuskan tidak meletak calon nya demi membantu menewaskan Warisan Plus pada prn baru baru ini tegas beliau.

Masyarakat Sabah harus membezakan politik matang dalam kepimpinan politik Sabah tanpa melibatkan keagamaan agar tidak ada orang asal Ssbah terguris dengan parti politik dalam jangkamasa panjang jelasnya.






Nota. Dilarang mencatat sebarang ulasan dalam akbar ini tanpa kelulusan pihak penerbit. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan