GRS BN PN PERLU SEPAKAT HADAPI MUSUH POLITIK
Oleh. Jopis Anak Lagau
Tamparuli. Semua pemimpin dan ahli ahli parti dalam GRS, UMNO, BERSATU, MCA, MIC dan PAS perlu bersatu dan maufakat tanpa tunduk dengan politik pembangkang yang berusaha memecahbelahkan kekuatan rakyat mendokong kerajaan negeri dan pusat masa kini demi mencapai cita cita mereka mahu meraih sokongan mengembalikan tampok kuasa yang telah rakyat tolak dalam pilihan raya lepas, lantikan adun PAS Sabah tidak mencerminkan sebarang masaalah atau ancaman dalam dewan undangan negeri Sabah memandangkan rakyat negeri ini telah dipupuk permaufakatan malah persaudaraan dengan berbilang agama apa tak lagi Islam yang tidak pernah mengganggu mana mana agama lain dalam negeri ini malah mereka (penganut Islam) lebih menghormati agama lain dipelusuk kampung dalam Sabah sejak sekian lama.
Sebilangan pemimpin pembangkang juga ramai beragama Islam tidak mungkin mereka memusuhi pemimpin seagama mereka dalam kerajaan negeri Sabah demikian juga disebaliknya sudah pasti keharmonian dan kesefakatan yang diperlukan rakyat berbilang kaum serta agama, oleh yang demikian tidak perlu ada perbelahan dalam perjuangan GRS, UMNO, BERSATU, MCA dan MIC serta PAS yang berjuang bersama memberi kemenangan besar dalam pilihan raya negeri Sabah baru baru ini sehingga PAS mengelak dari bertanding dalam prn Sabah demi memastikan semua penyokong mereka mengundi Umno Bersatu atau PBS, STAR, MCA, PBRS sebagai jentera kemenangan mendepani Warisan Plus atau PKR dan UPKO yang amat yakin mampu mendapat sokongan rakyat semula namun orang asal Sabah terus berpaling tadah kepada GRS, UMNO, BERSATU selepas pilihan raya lalu.
Aktivis masyarakat merangkap pemimpin Bersatu kawasan Mukim Gaya Ratau Loputung Tamparuli En. Paranting Lipayan (Gambar) berkata demikian dalan pertemuan Media Terkini sebagai menjelaskan pada rakan rakan seluruh Sabah terhadap pelbagai tekanan pemimpin parti pembangkang keatas perlantikan Adun Pas Sabah yang mengancam bagi kepimpinan pembangkang setempat ujar beliau.
Paranting Lipayan yakin rakyat Sabah sudah matang dalam politik demikian juga para pemimpin parti politik dalam kerajaan negeri tidak bermasaalah dengan adun beragama Islam dalam kerusi Dun Sabah katanya.
Nota. Dilarang mencatat sebarang ulasan dalam akbar ini tanpa kelulusan dari pihak penerbit. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan