Selasa, 10 Januari 2023

TIGA PEMIMPIN UMNO BN TERSINGKIR ......

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Rombakan kerajaan 

Sabah berjaya menggugurkan pemimpin Menteri dari Umno BN hari ini melibatkan Datuk Seri Bung Mokthar Raden Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerjaraya Adun Lamag dan ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Yakub Khan Menteri Sains Inovasi Adun Kerambunai dan Datuk Jafry Ariffin Menteri Pelancongan Kebudayaan dan 
Alam Sekitar Sabah Adun Sukau yang diumumkan Datuk Seri Panglima Haji Hajijih Mohd. Noor Ketua Menteri Sabah hari ini. 

Ketiga tiga mereka merupakan pemimpin Umno BN yang setia apa juga perjuangan terbaik Umno menurut para ahli ahli Umno BN dan mereka digugurkan dari Menteri Kerajaan Negeri Sabah adalah disebabkan langkah Pengurusi UMNO Sabah menarik sokongan kepada Ketua Menteri Sabah baru baru ini.

Sungguhpun mereka digugurkan dari kementerian kerajaan Sabah namun mereka masih Wakil Rakyat dalam Dun masing masing dan masih sentiasa bersama dengan rakyat jelata setiap masa malah mungkin mereka lebih lagi menumpukan perhatian pada pengundi mereka masing masing selepas ini.

Bagaimanakah senario dan halatuju kerajaan Sabah menjelang prn ke 17 akan datang dalam situasi tidak menentu pada masa kini menurut penduduk asli Sabah, terlalu awal untuk diramal malah hanya para pengundi Sabah sahaja yang mampu memastikan perkembangan politik semasa dan akan datang teraju perjuangan mereka. 





Nota. Dilarang membuat ulasan  berita, memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Editor 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan