Jumaat, 20 Januari 2023

SARAWAK SABAH CAPAI LONJAKAN PERUNTUKAN 

Oleh. Williem Anak Lagau 

Kuching. MA 63 yang diumum oleh Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia dekat sini memberi sinar baharu kepada seluruh penduduk kedua dua negeri berikutan lonjakan peruntukan tahunan yang meningkat sebagai kepentingan pembangunan dan ekonomi rakyat setempat. 

Sarawak memperolehi peruntukan tahunan dari kerajaan pusat berjumlah RM300 juta ringgit manakala Sabah berjumlah RM260 juta dalam setahun yang menjadi harapan rakyat agar dapat disalurkan sepenuhnya terhadap pembangunan dan ekonomi rakyat berbilang kaum penduduk kedua dua negeri tersebut.

Dalam jumlah peruntukan seumpama setiap tahun sekalipun jika tidak dikawal selia dengan terbaik pihak berkuasa negeri mungkin ianya tidak dapat dinikmati penduduk kedua dua negeri, justru pengawalan selia yang terbaik sangat penting agar tidak berlaku sebarang keteresan  mana mana projek serta ekonomi rakyat yang menghuni berpuluh tahun dalam kedua dua negeri tersebut. 

Kebanyakan rakyat Sarawak dan Sabah mengharap supaya agihan peruntukan dari kerajaan pusat setiap tahun dalam jumlah tersebut sampai kepada sasaran yang diperlukan seluruh warga kedua kedua negeri tersebut. 




Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini  memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Editor 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan