Sabtu, 7 Januari 2023

MENGAPA KERAJAAN SABAH BERGOLAK ? 

Oleh. Williem Anak Lagau Dan Norsham Tukirin             Mengapa kerajaan 

 negeri Sabah tiba tiba bergolak ?, mungkin rakyat melihat isu ini perkara biasa namun dunia memerhati perkara seumpama tidak baik dalam sistem kerajaan merancak pelaburan luar negara memasuki negeri tersebut. 

Benarkah pergeseran kepimpinan BN dan GRS didokong oleh seluruh rakyat Sabah ?, mungkin hati seluruh rakyat penyokong kedua dua parti tersebut tidak bersetuju dengan pergolakan berkenaan apa tak lagi pemimpin terlibat dipilih rakyat jelata.

Kepimpinan GRS dan BN perlu bertolak ansur melibatkan semua ADUN yang dipilih menang oleh rakyat dikawasan mereka masing masing demi menjaga hati rakyat yang mengundi mereka dalam pilihan raya, rakyat undi ADUN BN dan GRS bukan untuk berpecah belah sehingga permaufakatan kerajaan negeri goyah dengan perbelahan yang berlaku sehingga masa kini tanpa melakukan perbincangan terbaik untuk rakyat.

Menurut warga pengundi Sabah, walaupun banyak menyokong antara BN dan GRS dikalangan pemimpin parti parti yang tidak memenangi kerusi DUN pada pilihan raya lepas, namun jauh berbeza dengan ADUN YANG DIUNDI dalam pilihan raya negeri yang lalu memandangkan ADUN DIPILIH sahaja boleh membawa suara rakyat di Dewan Undangan Negeri ujar mereka. 

BN dan GRS masih boleh duduk semeja bagi mencari jalan penyelasaian kemelut melanda kerajaan negeri bersama jika mereka mahu mengekalkan sokongan rakyat dalam mendepani pilihan raya negeri akan datang komen beberapa aktivis politik tempatan yang ditemui hari ini. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang


Tiada ulasan:

Catat Ulasan