Selasa, 3 Januari 2023

JALAN TENGGELAM AKIBAT PERPARITAN TIDAK ADA 

Oleh. Basron Kirwan 

Isu jalan raya tenggelam oleh banjir bukan isu yang terpencil malah ianya dilihat jelas berlaku akibat kelalaian segenap lapisan masyarakat yang gagal menyelenggara saliran perparitan dengan sempurna.

Bila jalan raya ditenggelami air banjir kata bencana alam dengan ringkas namun kiri kanan jalan raya langsung tidak ada perparitan laluan air banjir dimusim hujan tegas orang ramai. 

Setiap tahun ada sahaja jalan raya tenggelam oleh banjir besar sehingga tidak boleh dilalui kenderaan ringan akibat banjir yang besar dan deras tanpa perparitan yang lebih sempurna wallaupun YB yang dipilih rakyat mempunyai Pejabat UPPM bagi memantau serta melaporkan setiap masaalah musibah diselesaikan dengan segera terlebih dahulu.

Rakyat bertanya berapakah jumlah KERUSI DEWAN UNDANGAN NEGERI diseluruh Malaysia manakala dilaporkan kerusi Parlimen seluruh negara masa kini berjumlah 222 kerusi semuanya, namun banjir jalan raya serta limpahan besar air sungai menenggelamkan sebilangan kampung ditanah rendah masih berterusan sampai hari ini jawab rakyat yang ditemui. 






Nota. Dilarang membuat ulasan  berita, memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan