Isnin, 2 Januari 2023

APA LANGKAH HINDARI COVID 19? 

Oleh. Huzera Ben 

Amerika Syarikat. Negara ini merekodkan angka ribuan orang kematian dalam tempoh dua minggu walaupun ramai sudah ambil dua suntikan penggalak vaksin namun virus covid 19 terus meragut nyawa setiap hari. 

Dunia telah mencatatkan kes covid 19 sehingga January 2023 berjumlah 660,607,091 orang, manakala angka jangkitan Amerika Syarikat sehingga hari ini berjumlah 100,483,164 orang dengan kematian sehingga kini berjumlah 1,099,837 orang.

Bermula dari 19 December 2022 sehingga 1 January 2023 kematian serangan covid 19 dinegara ini berjumlah 4,763 orang yang dilaporkan lengkap dengan vaksin sehingga penggalak namun masih korban dengan covid 19. 

Ramai orang negara negara maju mengingatkan setiap orang diseluruh dunia supaya sentiasa menutup hidung dan mulut dengan MASK serta menjarak diri dengan setiap orang jika mereka menyayangi nyawa mereka masing masing.

Hanya diri sendiri yang kena bertanggongjawab menjarak pada diri orang lain serta wajib menutup hidung dengan mulut menggunakan MASK setiap kali keluar rumah berjumpa dengan sesiapa juga dengan penjarakan diri diperketatkan.

Penularan covid 19 berpunca dari kegagalan penjarakan diri serta tidak lagi warga dunia memakai MASK bagi menutup hidung dan mulut setiap kali berhadapan dengan orang ramai.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan  Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan