Khamis, 12 Januari 2023

AWAS KEMASKINI BANTUAN RAKYAT 

Oleh. Basron Kirwan

Kuala Lumpur. Link Bantuan Kemas Kini bantuan rakyat tumbuh bagai cendawan sejak beberapa minggu lalu membuatkan ramai rakyat rimas dan bimbang dengan pelbagai penipuan seumpama.

Terjah Media Terkini mendapat pelbagai aduan orang ramai dengan laman sesawang meragukan kaitan dengan bantuan rakyat Malaysia berserta laman bebas permohonan bantuan tersebut sehingga menjadi rebutan masyarakat LOG IN laman berkenaan ujar warga tempatan.

Kemelut seumpama tidak disedari warga Malaysia sehingga ramai yang mengaku lesap wang ribuan atau ratusan ribu ringgit, baru warga tempatan mengeluh berikutan ramai kehilangan wang didalam akaun bank mereka masing masing.

Untuk rekod, link laman sesawang yang menjadi ikutan warga Malaysia dilaporkan sangat meragukan tambahan pula pelbagai kehilangan wang dilaporkan dalam bank masa kini.

Semua warga Malaysia perlu  berwaspada dengan isu kejadian seumpama yang dilaporkan hampir berlaku setiap hari namun terlalu ramai yang menjejaki serta menyertai laman sesawang berkenaan.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Editor
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan