Isnin, 23 Januari 2023

HENDAK SERIBU DAYA TAK HENDAK SERIBU DALIH 

Oleh. Williem Anak Lagau 

Dari Kalimantan Timor sampai Bumi Kenyalang dan terus ke Bumi Dibawah Bayu himpunan buah benih Botani Bunga dihutan belantara mampu dirungkai Bekas Tentera Darat Sarawak Sabah yang 

biasa jelajah didalam hutan sebelum bersara dari pasukan mereka. 

Bagi mereka lebih cantik Bunga Botani hutan Borneo Dan Kalimantan jika disemai dan dipelihara secukup rapi berbanding mengimport bunga bunga dari luar negara, selain dari itu 

langkah seumpama juga mampu memberi sedikit sumber pendapatan warga Kalimantan, Sarawak dan Sabah yang membantu mencari benih tumbuhan bunga botani Borneo sepanjang tahun tanpa menyisih para 
pencari berkenaan pada sepanjang  tahun.

Luahan sekumpulan pengusaha Bunga Botani Borneo yang berjaya menghimpunkan pelbagai bunga botani hasil bantuan warga Kalimantan, Sarawak dan Sabah sebagai meneruskan kehidupan mereka bersama tanpa bergantung penuh pada bantuan kerajaan masa kini amnya dimasa hadapan. 

Dalam kunjungan Media Terkini Bumi Kenyalang disemaian himpunan Bunga Botani Borneo hari ini banyak daya tarikan pokok Bunga Botani Borneo yang dikumpul oleh pengusaha terlibat, bukan sahaja cantik pada pokoknya malah dedaun nya juga sangat menarik dikomersialkan sehingga keperingkat antara bangsa dalam jangkamasa panjang.

Apapun industri tersebut banyak cubaan nya berikutan perbuatan HASAD DENGKI dikalangan  penduduk yang mengenali kumpulan pengusaha, malah ada diantara mereka bercakap tidak baik dengan segala perusahaan yang dilakukan oleh pengusaha terlibat demi menghalang sokongan warga sejagat ujar pengusaha berkenaan.


Nota. Dilarang  membuat ulasan berita, memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Editor 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan