Sabtu, 12 Julai 2025

UMAT ISLAM PERLU PANDANG KEDAI MAKAN

Oleh. Koijol Hairol

Borneo. Semua umat Islam yang mengunjungi kedai makan bukan beragana Islam perlu meneliti sebarang pengesahan Sijil Halal kedai berkenaan berkenaan. 

       Ada juga Kedai Makan dilaporkan bukan milik orang Islam namun masih melekatkan Ayat Ayat AlQuran dicermin permis penyimpanan makanan mereka tanpa Sijil Halal dari Jakim dipercayai dilakukan pekerja mereka sendiri.

        Ini didedahkan oleh kumpulan pelawat Umat Islam ke Sabah yang terkilan pengusaha Kedai Makan bukan Islam sanggup melekat Ayat AlQuran dicermin permakanan mereka tanpa Sijil Halal bagi menarik perhatian pelanggan Umat Islam tempatan.

       Menurut mereka lagi, bayangkan setiap umat Islam yang melihat kedai terbabit dengan ayat AlQuran dicermin makanan pasti akan menduga ianya halal bagi umat Islam, meskipun pengusaha kedai sebenarnya bukan beragama Islam apa tak lagi jika mereka tidak mendapatkan Sijil Halal daripada Jabatan Agama Islam Malaysia. 

       Kumpulan pelawat Sabah mengingatkan umat Islam serantau agar peka memilih Kedai Makan yang benar benar diusahakan oleh orang Islam sebenar, selain dari itu Kedai Makan yang memiliki Sijil Halal Jakim juga perlu dibuat pilihan utama demi memastikan makanan yang ditempah benar benar halal ungkap mereka.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan