Isnin, 7 Julai 2025

DELEMA SILAP SALURAN

Oleh. Koijul Hairol

Sabah. Mengapa ramai warga kerap sekali menghantar sesuatu kiriman dilaporkan silap saluran walau alamat tertera cukup lengkap namun masih terus dilakukan golongan tertentu.

      Kebanyakan gambar yang dihantar menjadi tanda tanya tanpa ada sebarang nota sebagai tatapan umum, ianya umpama lambakan pem

buangan gambar lama yang lebih terurus berbanding berhambur merata tempat tidak pasti akibat tanpa alamat pengirim yang sebenar.
Sejak tahun 2025 ini terlalu ramai menghantar gambar gambar tanpa nota dan tujuan gambar mereka sampai ke Akbar Harian ini.

       Walau apa juga tujuan mereka menghantar kami paparkan sebagai maklumat pembaca Akbar Media Terkini didalam dan luar negara, bahawa sebaik sahaja gambar gambar yang dihantar sampai ke Editorial akbar ini ianya adalah menjadi hak mutlak penyiaran kami dan akbar ini berhak mahu menyiarkan dengan pelbagai bentuk dan olahan yang bersesuaian dengan etika penyiaran.

        Kami sekali lagi memperingatkan setiap warga agar bertindak bijak dengan tidak sesuka hati menghantar gambar gambar apa juga jenis didalam akbar ini walau apa cara sekalipun, semua gambar yang kami terima akan mendapat ruang siaran bergantung kesesuaian olahan berita yang tidak melanggar akta penyiaran didalam setiap negara berdasarkan perundangan semasa.
Kami juga menggesa semua pelanggan didalam dan luar negara supaya sentiasa berhubung dengan Sidang Pengarang Akbar Media Terkini setiap waktu pejabat jika ada ketelanjuran menghantar gambar kepada kami tanpa disengajakan agar kami boleh mengambil tindakan untuk  mengelak gambar terlibat disiarkan setiap hari.
Akbar Media Terkini Harian Malaysia boleh dihubungi menerusi talian 01138554026 setiap masa pejabat. Miskol tidak akan dilayan.









Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan