Kota Belud. Warga Taginambur mendambakan pembaharuan kawasan mereka, jika memperolehi seorang pemimpin yang berwawasan
dan berdaya saing amnya, berpandangan jauh demi pembangunan dan ekonomi setempat.
dan berdaya saing amnya, berpandangan jauh demi pembangunan dan ekonomi setempat.
Antara langkah yang kerap dirancang menerusi perbincangan serta permaufakatan bersama warga seluruh Taginambur, adalah satu plan menjadikan nya sebagai sebuah daerah kecil demi merangka pembangunan serta ekonomi warga penduduk setempat, ianya amat penting jika mereka beroleh seseorang pemimpin yang berwibawa serta komited dan berwawasan.
Warga setempat juga mempunyai keutamaan jika berjaya memperolehi status daerah kecil demi merancak pembangunan dan infrstruktur, kearah mempromosikan Taginambur satu pusat pelancongan yang berdaya saing diseluruh negeri Sabah mahupun Malaysia amnya.
Ianya juga mampu mempertingkatkan pelbagai kemudahan asas seperti, jalan raya, bekalan air bersih, eletrik dengan perolehan pencapaian tenaga bekalan lampu serta internet terbaik demi keperluan utama generasi muda mudi terkini dan akan datang.
Selain dari itu kemudahan awam seperti klinik kesihatan, Balai Polis, Sekolah dan beberapa pentabdiran kerajaan selaku daerah kecil amnya, mampu menambahbaik pejabat kerajaan tempatan dan merancak ekonomi seluruh warga Taginambur sebaik memperolehi Pejabat Daerah Kecil sejajar penggalakan peniaga peniaga kecil setempat.
Keperluan utama pejabat daerah kecil Taginambur juga mencakupi peluang pelabur luar negara kearah membuka pelaburan seperti, perkilangan, restoran, homestay, dan bengkel bengkel tempatan dalam jangka panjang.
Pusat pentabdiran daerah kecil juga perlu perancangan konferhensif dan terancang menerusi pentabdiran pejabat daerah kecil Taginambur, ianya juga membolehkan setiap perkhidmatan awam beroperasi bagi mengurangkan kebergantungan seluruh warga setempat berulangalik ke Kota Belud dalam pelbagai urusan melibatkan pejabat kerajaan.
Semua perancangan ini mampu mempertingkatkan harga tanah pertanian mahupun perindustrian jika terlaksana pembentukan pejabat daerah kecil Taginambur, malah semua pelan perancangan ini sentiasa diperkasa dari masa kesemasa hasil kerjasama erat, seluruh warga Taginambur yang kerap bersama bagi menjayakan perbincangan bersama dimasa lapang.
Pejabat tersebut juga boleh melaksanakan penjanaan identiti budaya tempatan, khususnya masyarakat Taginambur mahupun seluruh Kota Belud amnya, kearah mempromosikan setiap identiti unik budaya mereka menerusi pelbagai festival tempatan antaranya, makanan tradisi mahupun seni budaya demi menggalak pelancong luar lebih kerap kekawasan tersebut demi generasi akan datang.
Dalam konteks ini, Taginambur perlu dijadikan daerah kecil sebagai merangka strategik dan mempercepatkan pembangunan, menjana ekonomi rakyat secara keseluruhannya demi kemajuan komuniti tempatan serta membuka lembaran baharu kepada penduduk Taginambur.
Disuarakan oleh. Encek Verox Palalun
Presiden Persatuan Bantuan Rakyat Sabah (SAPAS).
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan