Jumaat, 4 Julai 2025

RAMAI NAMPAK SIKIT BERTINDAK

Oleh. Rojailie Kirwan

Sabah. Ramai warga negeri ini hanya mengenali PATI selepas diangkut Truk Im

igresen melintasi mereka walau bertahun saling bersapa.

         Ini didedahkan beberapa warga Sabah yang ditemui kru Media Terkini bagi mengulas kebanjiran pendatang asing tanpa izin dalam negeri Sabah.

        Ramai warga Sabah yang ditemui lancar dan bijak bercakap namun dalam kaji selidik PATI ramai kata tidak tahu semasa berjalan bebas, malah ada juga yang dilaporkan golongan tertentu sanggup duduk semeja dengan PATI dikedai kopi  atau restoran tanpa menghiraukan mereka didepan mata.

      Tidak cukup dengan kes seumpama ada juga warga Sabah dilaporkan lebih mengutamakan pekerja PATI berbanding warga tempatan, tidak hairan lah jika PATI lebih muda memasuki Sabah berikutan peluang pendapatan lumayan sedang menanti mereka setiap masa. 

       Para pengguna tenaga pekerja PATI masa kini dalam negeri Sabah lebih bijak bagi menggunakan tenaga pekerja tersebut dengan menyerahkan PAJAK agar tidak terbeban menjamin mereka, itu lah dilaporkan PATI hanya melakukan kerja PAJAK buat bangunan, membersih Kebun dan membina rumah rumah kampung walaupun kadar pendapatan rendah namun boleh senang juga bila terkumpul seberapa lama. 








Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian  ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan