Ahad, 20 Julai 2025

MERUNGKAI ASAM GARAM PENYIARAN

Bermula dengan terlalu 
kerdil dalam era 1998, ramai warga memandang sinis entah apa diungkap dalam sanubari mereka masing masing. 

       Banyak kata kata sinis kerap dilontarkan setiap kali para kru pena yang menjalankan tugas dilapangan setiap minggu, tanpa mengambil kira jerih payah keringat mereka meneruskan legasi penyiaran ini dari masa kesemasa didalam dan luar negara. 

      Penyiaran ini saban hari berubah wajah membentuk pelbagai penyiaran serta pengiklanan bersandarkan pelbagai cadangan para pembaca dimerata tempat, malah jenama juga beberapa kali bertukar sebagai memenuhi pandangan para pembaca dan pengiklan setiap tahun walau didalam keluaran dwi mingguan sehingga kepada 4 kali sebulan.

      Pembaca tidak segan silu memberi pandangan kearah menambahbaik penyiaran ini walaupun ada sebilangan yang cuba menafikan kewujudan akbar kerdil ini walaupun pihak terlibat kerap membacanya, ini adalah sebahagian cabaran yang ditempuhi oleh kru akbar ini sejak awal dalam penyiaran namun semangat dan daya usaha gigih mereka mampu meneruskan penyiaran sampai masa kini.

       Bermula 2016 Akbar ini mengurak langkah bersiaran harian didalam dan luar negara sehingga menjadi tanda tanya perubahan drastik yang berlaku, namun atas sokongan setiap pembaca dan penyumbang pengiklanan akbar ini berjaya melangkah lebih jauh dan bertahan teguh sebagai penyiaram yang muda difahami. Sub Editor






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan