Khamis, 17 Julai 2025

KEMELUT LUAR BANDAR MEMBIMBANGKAN

Oleh. Basron Kirwan 

Isu masaalah luar bandar yang dilapor penduduk sering terabai setiap dilanda bencana terus menjadi persoalan rakyat kemana perginya tabung bencana alam setiap negeri dalam negara ini. 
       Malah penduduk luar ba
ndar juga mempersoalkan dimana tanggongjawab setiap pegawai dalam kawasan Dewan Undangan Negeri tanpa turun padang meninjau masaalah bencana dalam kawasan masing masing. 
      Sejak beberapa minggu lalu sampai masa kini bencana alam dilaporkan berlaku dibeberapa negeri sehingga banjir dan runtuh kawasan tanah tinggi sehingga pokok tu
mbang bergelimpangan diatas jalan raya.
      Semua bencana dikawasan tanah tinggi terpaksa ditanggong oleh rakyat jelata sendiri tanpa diberi bantuan tabung bencana alam yang sewajarnya jelas penduduk desa terpencil
walaupun berkelayakan diberi mereka yang berkerja membersih jalan raya. 
      Ini lah rungutan penduduk luar bandar yang dikemukakan sebilangan orang kampung untuk didedahkan kepada kerajaan Malaysia masa kini agar memberi nasihat pemimpin kerajaan disetiap negeri sepanjang tahun. 
         Menurut penghantar bencana alam terbiar kerap berlaku didalam negeri Sabah setiap musim hujan dan angin ribut berlaku sepanjang tahun, sebaliknya tidak ada gerakan para pegawai dibeberapa dewan undangan negeri yang kerap berlaku bencana alam seperti banjir tanah rendah dan tanah runtuh tanah tinggi.
      Para pengirim gambar bencana tanah runtuh dan kayu tumbang diatas jalan raya bergelimpangan kawasan tanah tinggi disamping banjir pada kawasan tanah rendah, sangat mengharapkan kerajaan setiap negeri  mampu menggerak para pegawai mereka turun padang bagi meninjau segala masaalah disetiap perkampungan tanah tinggi sepanjang tahun jelas mereka.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan