Isu rakus mengaut keuntungan bukan sahaja kepada peniaga asing malah turut diambil peluang para warga tempatan dipekan mahupun perkampungan terpencil dan kloni setinggan amya.
Ini didedahkan warga miskin yang terkilan Minyak Masak Pekej Plastik dari harga Subsidi RM2.50 golongan rakus menjual RM3.50 hingga RM4.50, jika peniaga nak kaut untung sekalipun memadai lah RM2.80 sepeket namun langsung golongan terlibat tidak berperikemanusiaan dalam menjalankan urusniaga pada warga miskin jelas mereka.
Selain dari itu ada juga menjual tong gas yang berisi 14 kg dengan harga RM37.00 hingga RM40.00 khususnya luar bandar terlalu bebas tanpa rasa bertanggongjawab, ini jelas bukan perkar baru malah bertahun tahun sudah ianya berlaku namun sebilangan pemimpin bawahan yang dilantik kerajaan banyak diam membisu tegas mereka.
Banyak barang yang didaftarkan bersubsidi oleh kerajaan Malaysia masa kini namun sebilangan peniaga asing dan tempatan amnya, sentiasa mengambil kesempatan bagi mengaut keuntungan yang berganda dalam permis permis tersorok mereka tanpa tindakan pemimpin kerajaan diperingkat bawahan ujar orang miskin.
Sampai bila barangan bersubsidi oleh kerajaan Malaysia terus diambil peluang orang asing dan warga tempatan bagi mengaut keuntungan berganda mereka, malah anehnya sebilangan pemimpin kerajaan diperingkat bawahan seperti Ketua Kampung, JPKK, JKDB atau Pemimpin Kawasan Pekan tidak nampak pemantauan mereka.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan