Selasa, 15 Julai 2025

DUN DALIT SANGAT PANAS

Oleh. Koijul Hairol

Parlimen Tuaran. Dun Dalit dalam kawasan Parlimen Tuaran dilaporkan mulai panas pertembungan calon calon muka baru dari pelbagai parti politik tempatan.

        Kebanyakan calon dari parti baru Sabahan sudah membayangkan bakal bertembung bagi merebut menjadi calon dalam pilihan raya negeri dijangka penghujung Oktober ini.

      Kru Media Terkini yang cuba mula menjejaki para calon dalam kerusi tersebut gagal mendapat kerjasama bagi golongan melobi calon dikalangan parti baharu, malah ada dikalangan melobi calon tidak menjawab mesej dan panggilan kru akbar ini bagi kawasan Borneo walaupun diperkenalkan jenama akbar ini terlebih dahulu.

     Kerusi Dun Dalit masa kini  disandang oleh YB. Datuk Jasnih Daya dari Parti Gagasan Rakyat Sabah, namun terlalu ramai parti tempatan dan parti Malaysia yang berada di Sabah berusaha meletak calon bagi kawasan tersebut. 

      Apapun pertembungan calon ramai bagi Dun Dalit dalam pilihan raya negeri Sabah akan datang yang dijangka tahun ini, hanya terletak ditangan pengundi Dun tersebut dalam menentukan siapa yang berkeupayaan membantu rakyat sama rata.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Editor

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan