Kuala Lumpur. Pendatang Asing Tanpa Izin diramal sukar dibasmikan selagi dalang pelindung mereka masih tersenyum diseluruh negara ini.
Siang malam pihak berkuasa melakukan operasi memburu Pendatang Asing Tanpa Izin diseluruh negara, namun golongan pelindung terus tersenyum memberi pekerjaan, tempat tinggal, tanpa rasa bersalah bagi melindungi mereka.
Antara kekangan pihak berkuasa memburu PATI diseluruh negara masa kini berikutan pemburuan pati tidak berhenti, namun ada sahaja golongan terlibat berada dinegara ini berkerja dalam pelbagai bidang akibat digaji oleh orang dalam negara ini dalam konteks pekerja mereka.
Kebanyakan PATI yang ditangkap masa kini berkerja dalam pelbagai bidang termasuklah berniaga dengan bantuan orang tertentu didalam negara ini, walaupun ianya salah ada juga pelindung PATI langsung tidak serik melakukan perlindungan mereka sampai lah ditangkap pihak berkuasa baru terbongkar isu tersebut.
Selagi pelindung PATI tidak menghentikan perbuatan mereka ramai warga Malaysia meramalkan ianya gagal dibasmikan sepenuhnya, oleh itu pelindung PATI ini perlu diburu habis habisan walau apa cara sekalipun jika mahu Malaysia bebas dari kebanjiran PATI.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan