Rabu, 9 Julai 2025

AKAR UMBI PERLU SEGERAK KEPIMPINAN MEREKA

Oleh. Basron Kirwan dan Gifkir Aming

Sabah. Gerak kerja tidak berhenti seperti gerakan pemimpin tertinggi UMNO BN  ini perlu sege

rak sampai keakar umbi tanpa sebarang alasan walaupun diseluruh negara kecuali Sarawak. 

      Umno BN perlu segerak sampai keakar umbi jika mahu rakyat jelata kembali bagi memb
eri sokongan keatas mereka dalam mendepani pilihan raya akan datang.

       Jika semua pemimpin UMNO boleh menggerak jentera parti BN seperti Presiden, Timbalan Presiden dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, sudah diramal banyak  kawasan yang mampu mereka tawan dalam setiap kawasan pilihan raya asalkan gerak kerja Bahagian dan cawangan seiring tanpa berhenti.

        Sebaliknya UMNO BN tidak boleh hanya bergantung kerja yang digaraf oleh Presiden dan Timbalan Presiden serta Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia,  sehingga menempuh setiap pilihan raya melibatkan Dun mahu pun Parlimen disetiap negeri pastikan memerlukan kerja bermaufakat untuk kemenangan.

       Hanya gerak kerja berpasukan sahaja yang perlu mereka lakukan dengan serentak bermula lebih awal khususnya negeri Sabah yang bakal mengadakan pilihan raya negeri  dalam tahun 2025 ini.









Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang.
  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan