Jumaat, 25 Julai 2025

PENGIKTIRAFAN NEGARA PALESTIN

Oleh. Huzera Ben 

Gaza. Pejuang Hamas menyambut baik pengiktirafan Emmanuel Macron Presiden Perancis bahawa Palestin sebuah negara berdaulat. 
          Malah pejuang Hamas yakin jika seluruh pimpinan negara negara maju tekad sebulat suara menyokong pengiktirafan pemimpin Perancis, sudah pasti hasrat warga Palestin merdeka pasti tercapai agar terkeluar dari ancaman zionis Israel yang jelas menindas negara negara Islam sejagat ujar mereka.
            Keangkuhan zionis Israel terus memuncak sebaik Presiden Perancis mengumumkan pengiktirafan negara Palestin mereda dengan menggandakan serangan di Gaza, Israel juga memperkukuhkan penguasaan disepanjang persempadanan dan pembangunan kawasan Tebing Barat demi menentang usul Emmanuel Macron tegas pimpinan Hamas.
          Hamas yang mempunyai rangkaian baik dengan AlQassam dan Hizbollah terus mendapat bantuan dari Pejuang Houti setiap kali diserang zionis Israel, kekuatan dan kemahiran serta kelengkapan alat perang Pejuang Houti dilaporkan menjadi kebimbangan pimpinan zionis Israel dan Amerika Syarikat amnya jelas Hamas.
         Apapun permasaalahan serta derita yang ditanggong oleh rakyat Palestin khususnya di Gaza dan Rafah masa kini perlu diberi perhatian sirius oleh para pemimpin negara negara maju, tekanan keatas Israel dan Amerika Syarikat perlu dipergandakan oleh para pemimpin negara negara kuasa maju agar usul mengiktiraf Palestin sebagai negara merdeka mampu dilaksanakan dalam jangkamasa akan datang.









Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan